Ads 468x60px

Pages

Monday, August 24, 2009

AYAM MASAK MADU



Last week masa duk fikir2 nk masak apa, saja2 la bukak buku resipi 'KOMPILASI MASAKAN AYAM'... sbb rasanya spjng kawen ni x penah lg aku masak menu ayam. ni baru 1st time nk cuba masak resipi ayam... baca resipi tu mcm mudah ja... x byk bahan yg diperlukan. kebetulan pulak, kt rmh pun mmg dh ada madu (yg telah sekian lama x digunakan). so, cakap kt hubby, nk try buat resipi ni la... hubby pun spt biasa, memberikan sokongan padu la. hubby ni kalu bab2 makan, x berkira sgt... nak2 pulak aku yg masak... lg la dia excited! sanggup p pasar hr ahad tu (16/08/09) sbb nak cari ayam punya pasal. menu tu mmg plan nk buat hr isnin, sbb menu utk hr ahad mmg dh sedia utk dimasak - sambal sotong masala. lgpun, kalu ikut resipi tu , mcm mudah ja... so, rasanya sempat la masak lps balik keja hr isnin tu. bila tiba hr isnin tu, lps ja balik keja, aku trus p dapur utk masak menu ni... dan terhasil la 'AYAM MASAK MADU' ni pada 17/08/09.


Bahan2:
5 ketul Isi ayam (potong kecik)
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar – dihiris halus
5 sudu makan cili kisar (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
1 biji cili merah & hijau
300-350 ml air
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara membuat:
  1. Ayam dibersihkan dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak -lbih kurang 3 sudu besar (boleh guna minyak yg goreng ayam tu).
  3. Tumiskan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
  4. Apabila garing, masukkan sedikit air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Kemudian masukkan ayam (yang dh goreng tadi tu) dan masak hingga empuk
  6. Masukkan madu, sedikit garam dan dikacau rata.
  7. Tutup api, angkat dan hidang. Letak cili merah & hijau sebagai hiasan.
* petua: cuci ayam dgn tepung gandum + cuka atau garam (besar/halus) utk hilangkan bau ayam

2 comments:

~sally~ said...

saya dah cuba...mmg sedap..hihi

Azila Azmi said...

yang paling best sbb mudah kan... ;)