Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

AYAM MASAK MERAH


Semalam baru 1st time cuba buat resipi ni. Dapat resipi ni dari sorang makcik jual rempah kt pasar mlm. asalnya nk beli rempah kari masala... tngok2 kt ctu macam2 rempah ada gak. pastu hubby suruh try buat masak merah. tanya makcik tu, camne nk buat masak merah... pastu dia siap bagi kertas resipi lagi... makcik tu kata rempah2 tu semua diambil dari kedai mamak kat kepala batas, penang (sekapal dgn hubby la pulak makcik tu...) rupanya, kedai mamak tu yg mak aku slalu beli rempah. mamak tu mmg jual mcm2 jenis rempah. kita cakap je nk buat masak apa.. nnt dia akan campur2kan rempah tu. aku penah p skali kedai tu... mmg best tngok mamak tu campur2 rempah... sekali campur je, letak atas timbang.. tepat2 sukatan yg diperlukan. dh expert la tu... asyik buat keja tu ja kan...

citer pasal nk masak resipi ni, mlm smlm dekat pukul 10 baru masak. masak utk sahur, sbb buka puasa beli je kt pasar ramadhan. ikut la resipi makcik tu.. tp spt biasa, aku olah ikut cara aku sendiri... resipi asal kena buh buah tomato & serai... tp x de la pulak serai & buah tomato kt rmh. buah tomato tu aku ganti dgn sos tomato. pastu aku lebihkan asam keping. ikut resipi makcik tu, kena buh 2 keping je. aku buh 5 keping... biar masam skit, baru sedap. sahur pg td makan... sedap! warna & rasa mcm yg mak masak... padahal x penah pun tngok mak masak tu...

Bahan2:
½ ekor ayam (potong kecil supaya senang nk makan)
8 sudu besar cili kisar (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
2 sudu besar serbuk rempah masak merah
½ cawan santan pekat
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
200-250 ml air
5 keping asam gelugur (asam keping)
Minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa (gula aku letak 3 sudu besar)

Bahan A (dikisar bersama):
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
1 inci lengkuas

Cara membuat:

  1. Ayam dibersihkan dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk membuat bahan penumis, campurkan Bahan A bersama dengan serbuk rempah masak merah dan cili kisar – gaul rata supaya tidak berketul.
  3. Panaskan minyak masak -lbih kurang 3 sudu besar (boleh guna minyak yg goreng ayam tu).
  4. Tumiskan bahan penumis.
  5. Bila kuah dah mendidih, masukkan santan, asam keping dan air.
  6. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga empuk.
  7. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  8. Tutup api, angkat dan hidang..

Ni gambar masa kuah hampir menjadi pekat dalam kuali...

Monday, August 24, 2009

AYAM MASAK MADU



Last week masa duk fikir2 nk masak apa, saja2 la bukak buku resipi 'KOMPILASI MASAKAN AYAM'... sbb rasanya spjng kawen ni x penah lg aku masak menu ayam. ni baru 1st time nk cuba masak resipi ayam... baca resipi tu mcm mudah ja... x byk bahan yg diperlukan. kebetulan pulak, kt rmh pun mmg dh ada madu (yg telah sekian lama x digunakan). so, cakap kt hubby, nk try buat resipi ni la... hubby pun spt biasa, memberikan sokongan padu la. hubby ni kalu bab2 makan, x berkira sgt... nak2 pulak aku yg masak... lg la dia excited! sanggup p pasar hr ahad tu (16/08/09) sbb nak cari ayam punya pasal. menu tu mmg plan nk buat hr isnin, sbb menu utk hr ahad mmg dh sedia utk dimasak - sambal sotong masala. lgpun, kalu ikut resipi tu , mcm mudah ja... so, rasanya sempat la masak lps balik keja hr isnin tu. bila tiba hr isnin tu, lps ja balik keja, aku trus p dapur utk masak menu ni... dan terhasil la 'AYAM MASAK MADU' ni pada 17/08/09.


Bahan2:
5 ketul Isi ayam (potong kecik)
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar – dihiris halus
5 sudu makan cili kisar (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
1 biji cili merah & hijau
300-350 ml air
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara membuat:
  1. Ayam dibersihkan dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak -lbih kurang 3 sudu besar (boleh guna minyak yg goreng ayam tu).
  3. Tumiskan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
  4. Apabila garing, masukkan sedikit air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Kemudian masukkan ayam (yang dh goreng tadi tu) dan masak hingga empuk
  6. Masukkan madu, sedikit garam dan dikacau rata.
  7. Tutup api, angkat dan hidang. Letak cili merah & hijau sebagai hiasan.
* petua: cuci ayam dgn tepung gandum + cuka atau garam (besar/halus) utk hilangkan bau ayam