Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak




Hari Sabtu 2 minggu lepas, kawan encik suami bagi Ikan Patin Sungai yang ditangkap sendiri kt sungai apa tah, kat area Dengkil kot (kalau tak silap). Dia bagi 2 ketul... Disebabkan saya x pernah lagi masak ikan patin (rasanya semua ikan air tawar pun saya x pernah masak sendiri lagi), maka 2 ketul ikan tu terbiar je dalam peti ais. lagipun masa ambil ikan tu, kami nak ke rumah sedara di Bndr Tun Razak. So, selamatlah saya dari nk kena masak hari tu...

Hari Ahad baru ni, jumpa sedara yang duk di Melaka... Mastura namanya. dia kawen dgn org Pahang... mesti la pandai masak tempoyak kan... so, tanya resipi kt dia... dia kata senang je.. bahan2 cuma tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, serbuk kunyit... pastu baru la tau, rupanya senang je nk masak ni...

Lepas tu, try google pulak nk cari lagi resipi 'Ikan Patin Masak Tempoyak'.. banyak versi jugak rupanya masak ni. so kesimpulan yang dapat saya buat, bahan2 wajib yang original asal dari Temerloh, Pahang ialah ikan patin, tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, kunyit hidup... ada gak versi tokok-tambah yang masukkan serai, bunga kantan, gula, bawang, dan seangkatan dengannya.

Dalam duk cari resipi nk masak ni, balik keja hr isnin tu, encik suami kata nk gi mancing... hairan gak... dh la hari keja... dh dia semangat sbb baru dapat pancing kan... biar je la... hasil tangkapan dia mlm tu, dpt pulak seekor lg ikan patin... anggaran seberat 4kg... fuh... dh la x penah masak ni... dia pulak tambah lg ikan tu... maka, makin brsemangat la sy nk try masak ni.

Mlm ni (selasa), berbekalkan resipi dari mastura & hasil bantuan cik google, maka menu mkn malam saya & encik suami adalah.... 'Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak'... ops.. lupa nk bgtau... sebenarnya kami dua laki-bini x penah mkn lg menu ni... bkn takat menu ni, ikn patin pun masing2 x pernah makan... so,  kami x tau la jadi mcm resipi original org pahang ke tak... yg pastinya, sedap ikut citarasa kami... yang bestnya, kebetulan mlm encik suami gi mancing tu, dia beli buah durian. masa nk masak ni, saya ambil 2 ulas buah durian, ambil isinya, ramas2... masukkan sekali dengan kuah.

Bahan2:
1 ekor Ikan Patin (dipotong secara ketulan)
7 cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum
2 asam keping
Garam
2 cawan air
Asam jawa/limau kasturi
2 ulas isi buah durian (ni saya tambah sendiri)

 Cara-cara membuatnya:
  1. Rendam ikan patin dengan asam jawa/limau kasturi. Biarkan selama sejam. Cuci bersih sehingga hilang bau hanyir & lendir pd ikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit.  
  3. Masukkan air, tempoyak (+ isi durian asli) dan masak bersama cili padi dan kunyit yg tlh ditumbuk. 
  4. Masak sehingga kuah mendidih  dan pekat, baru masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum dan garam.
  6. Rasakan kuahnya. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. Siap...
 

Tuesday, February 19, 2013

Resipi Ikan Pari Bakar dan Air Asam


Saya  & hubby antara penggemar ikan bakar... nak pulak ikan pari... perggghhh... mmg menambah selera makan la... kadang2 weekend je kitorang slalu gi mkn tghari kt kedai D'L*m*u N*p*s kt Bndr Baru Bangi. Ikan bakar dia boleh la dikatakan sedap... tp agak mahal la... sekeping ikan pari bakar je hrga RM13... Kalau slalu nk mkn ctu, kopak gak la...

Nk dijadikan rezeki kami, pada cuti Maulidur Rasul yg lps,kami sekeluarga amik kesempatan utk cuti panjang sekali dgn cuti Thaipusam & Hari Wilayah... Apply cuti 4 hari je, dpt 11 hari... so, balik kg ke utara & p jln ke langkawi (3hari, 2mlm)... bawak mak, ayah bercuti... dh smpai sana, mmg rambang mata la tngok brg nk shopping... kami p time weekdays... x la ramai org... yg sgt mnjadi idaman hati saya ialah visions & grill pan (pemanggang ajaib)... mmg duk tringin nk beli lama dh.. tp agak mahal nk beli... alang2 dh smpai langkawi, kami pun beli dgn suka hati la...

Dah ada grill pan tu, bersemangat la nk try bakar ikan... 1st trial kami bakar ikan siakap + sotong... yg ni pakai pes segera ja... yg siap dlm botol tu... hubby beli kt pekan penaga... rasanya boleh la tahan... air asam pun pakai yg segera dlm botol nye... beli kt pasar tani... tp brg2 awet ni x le sesedap kalau kita buat sendiri kan... fresh & memenuhi citarasa kita... so, the next week kami p pasar tani putrajaya (setiap hari selasa & jumaat).. kami p yg hr jumaat... hubby beli ikan pari.. dia kata suruh buat bakar (keesokan harinya, sabtu)... ms nk beli tu, tnggal 5 keping je (dh siap dipotong). org yg jual tu suh amik semua dgn harga RM10.00... mula hubby nk amik 2 keping je (bajet sorang sekeping je la kannnn...) tp dh org tu bg diskaun, so, kami pun amik la semua yg tinggal tu...

Saya kata kt hubby nk try buat pes sendiri... x mau pakai yg segera. so, call mak pagi tu utk tnya resipi. mak pun bgtau... mak kata ada 2 cara... salah satunya yg sy nk share kt bwh ni.. cuma bezanya mak x buh serai... saya buh 1btg serai sbb ada lebihan rebus ketam sebelum tu... tp rasa buh serai lg tmbah sedap kot... hehehee... satu cara lg mak kata kena blend serai, jintan manis, garam, gula. lps tu buh santan... yg ni saya x try lg sbb santan x de kt rmh masa tu...

Lps dh siap lumur ikan dgn pes ni, saya masukkan dlm peti ais, biar dlm 3jam++... ms tu dh pkl 1.30, hubby kata kita mkn lewat ptg la sbb pg dh mkn nasi lemak... tghari tu hubby ratah seekor ketam... dh kenyang la tu... saya pun buat la keja2 lain apa yg patut, lps tu tido kejap, sementara nk tnggu asar... lps asar baru start keja2 membakar & masak nasi + lauk lain...

Mula bakar 3 keping dulu, sbb x muat pan... smentara nk tnggu the next 2 keping lg dibakar, kami suami-isteri duk meratah ikan yg dh siap dibakar tu smpai licin... hehehe... tnggal 2 keping tu je utk dimakan dgn nasi... tanya hubby, mana lg sedap dgn kedai D'L*m*u N*p*s & pes segera yg bakar siakap mnggu sblum tu... hubby kata yg ikan pari ni lg sedap... lps ni kalau nk mkn ikan bakar x yah gi kedai dh... buat sendiri je... sedap & jimat kos... korang cuba la resipi ni... kalau ikut betul, mesti x mengecewakan... :)

Perencah/pes ikan pari
Bahan:
5 keping ikan pari - dipotong sebesar tapak tangan
3 sudu besar Cili kering yang telah dikisar
7 ulas Bawang merah
1 batang serai
Sedikit belacan
Asam Jawa - buang biji
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Ikan pari dicuci bersih. Untuk hilangkan bau hanyir ikan, lumurkan dengan asam jawa. Toskan.
  2. Kisar bawang merah, serai, belacan, asam jawa, gula dan garam.
  3. Campurkan bahan2 yang dikisar tersebut bersama cili kering (yg tlh siap dikisar).
  4. Gaulkan kesemua bahan dan lumurkan pada ikan pari.
  5. Perap ikan pari yang telah dilumur dengan pes (saya perap selama 3jam++). Untuk kekalkan kesegaran ikan, simpan dalam peti sejuk.
  6. Bakar ikan pari.... siap... (enak dicicah bersama air asam jawa)! 
**Untuk elakkan ikan melekat pada pan, boleh letakkan sedikit mentega/majerin/minyak

-ni rupa ikan pari yg siap diperap-
-ikan pari sedang dibakar menggunakan pemanggang ajaib-


Air Asam
Bahan:
7 biji cili padi - dipotong halus
1 biji tomato - dipotong halus
1 labu bawang besar - dipotong halus
10 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit belacan (saya bakar dulu belacan ni)
Asam Jawa
Air
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Masukkan cili padi, tomato dan bawang besar yang telah dipotong halus ke dalam mangkuk.
  2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan.
  3. Perah asam jawa bersama sedikit air, buang biji asam.
  4. Campurkan kesemua bahan pada no 1-3.
  5. Gaul bagi rata, masukkan gula & garam sesedap rasa... Siap!

Thursday, April 29, 2010

IKAN KERAPU SWEET-SOUR

Maaf, resipi x sempat lg nk dikarang...

IKAN BAWAL MASAK SOS

Masakan yang mudah & sedap...

Bahan2:
3 ekor ikan bawal hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah tomato - dibelah 8
100ml air
Daun salad (untuk hiasan)
Gula pasir secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Garam kasar (untuk cuci ikan)

Bahan Untuk Menumis(ditumbuk bersama)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawan merah

Cara membuat:
  1. Ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan garam besar dan dibilas bagi menghilangkan bau hanyir. Toskan.
  2. Ikan bawal dilumurkan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
  3. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan
  4. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Masukkan bahan untuk menumis. Tumis hingga garing & naik bau.
  5. Masukkan cili kisar. Masak sementara. Masukkan sedikit air.
  6. Masukkan sos cili dan sos tomato.
  7. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Ratakan kuah (sos) pada ikan. Biarkan sementara.
  8. Kemudian masukan buah tomato. Siap masak, tutup api.
  9. Dalam pinggan untuk hidang, susun daun salad mengililingi pinggan. Kemudian letakkan ikan bawal bersama sos.
  10. Siap untuk dihidang...

Saturday, April 10, 2010

IKAN SENANGIN MASAK SOS CILI THAI




Resipi ni aku adapt dari blog kak miza: http://mothercooks.blogspot.com/2009/08/senangin-with-thai-sauce.html . dh lama nk cuba buat resipi ni... tp x de sos cili Thai kt rmh... lgpun susah sikit nk jumpak sos tu kt kedai... sos yg aku pakai ni x sama ngan yg akak tu guna... saja aku nk try pakai sos lain... resipi ni pun aku olah ikut citarasa aku... hasilnya sangat lah sedapppppp... yg paling penting, senang sgt nk masak resipi ni...

Bahan2 untuk perap ikan:
4 ekor ikan Senangin
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 ½ inci halia - ditumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Sedikit tepung jagung

Bahan2 lain
1 ½ inci halia -ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
½ botol sos cili Thai (mcm dlm gmbar kt atas)
1 biji buah tomato (dipotong 8)
1 biji bawang besar
1 biji cili hidup merah
1 biji cili hidup hijau
Sedikit Minyak Masak
Sedikit tepung jagung
Sedikit air

Cara membuat:
  1. Ikan senangin dibersihkan.
  2. Bawang putih dan halia yang ditumbuk diperap bersama serbuk kunyit . Biarkan selama setengah jam.
  3. Gaulkan ikan yang diperap dengan tepung jagung. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga garing.
  4. Tumbuk bawang putih dan halia bersama untuk ditumis.
  5. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan halia bersama hingga garing & naik bau.
  6. Masukkan sos cili Thai. Masak hingga mendidih. Masukkan sedikit air
  7. Kemudian masukan buah tomato, cili hidup (merah) dan bawang besar.
  8. Masukkan sedikit tepung jagung yang telah digaul dengan air untuk pekatkan kuah.
  9. Dalam pinggan untuk hidang, susun ikan, dan tuang kuah sos ke atas ikan. Taburkan cili hijau untuk nampak lebih menarik.
  10. Siap untuk dihidang...

Saturday, December 12, 2009

KARI/GULAI IKAN


Ni baru first time cuba buat.. sebelum ni x penah lg masak kari... belajar dgn mak byk kali dh, tp x sempat nk buat. (sbnrnya takut buat x jd)... disebabkan HB x de kt rmh weekend nih, so leh la try buat... nk tanya mak, mak x de... tgh gi buat haji... so, call tanya spupu la.. dh dia bg petua2 resipi, try gak la buat... Alhamdulillah, menjadi dgn jayanya... :)



Aku ada publish gmbar ni kt FB... ada member komen naper aku masak kari dlm kuali... erm... ni la petua mak aku... senang nk kacau... mak dpt petua ni masa keja dulu... ada member dia bgtau.. sblum tu, mak pun masak dlm periuk gak... bila dh cuba buat, mmg senang... hr tu mak mertua tngok mak masak dlm kuali.. dia pun pelik.. pastu dia cuba buat... dia kata mmg senang lg buat dlm kuali... (kena buat dlm kuali besar sikit la... sbb kalu kalau kuah byk, takut melimpah-ruah lak)





Kari kepala ikan ni baru je aku masak last week (15/05/2010). Aku masukkan ikan merah. yang menarik sangat tu sbb kepala ikan... Nampak lebih menarik & rasa lebih sedap la dari percubaan pertama aku dulu... dh jadi mcm kari mamak la pulak.... skrg ni rasa lbih confident nk masak kari ni... :) - edited: 24/05/2010


Bahan2:
4 ekor ikan kembung (org utara pnggil ikan temenung) atau apa-apa jenis ikan yang sesuai
2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
1 ½ sudu besar cili kisar (kalau nak pedas, boleh buh lebih)
Sedikit air asam jawa
300ml air
Santan pekat
3 biji bawang merah (dipotong halus)
3 biji bawang putih (dipotong halus)
1 biji buah tomato (dipotong)
6 biji kacang bendi
Sedikit halba campur (campuran jintan manis + jintan putih + halba + biji sawi)
Sedikit daun kari
5 biji cili api - diketuk (untuk menambahkan kepedasan)
Minyak masak
1 sudu kecil garam kasar
Garam halus secukup rasa
Sedikit gula (kalau nk ada rasa manis)

Bahan A (dikisar bersama)
3 ulas bawan merah
4 ulas bawang putih
Sedikit air

Cara membuat:
  1. Ikan kembung dibersihkan dan ditoskan.
  2. Campurkan serbuk rempah kari ikan, cili kisar, garam kasar dan bahan A bersama dalam 1 bekas - kacau biar sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari dan cili api hingga naik bau.
  5. Kemudian masukan bahan yang telah dicampurkan (pada langkah 2).
  6. Masukkan sedikit air perahan asam jawa dan air. Masak menggunakan api yang perlahan sehingga pecah minyak
  7. Bila dh pecah minyak, masukkan santan pekat.
  8. Masukkan garam, gula sesedap rasa.
  9. Kecilkan api, tunggu sehingga kuah kari mendidih
  10. Kemudian masukkan ikan, buah tomato & kacang bendi.
  11. Biarkan seketika. Kacau rata, tutup api.... siap untuk dihidang...

Thursday, September 17, 2009

SAMBAL TUMIS IKAN KERISI



Aku mmg suka makan sambal tumis... tak kisah la sambal tumis apa.. janji warna merah... tp my hubby x brp suka kalu makan slalu sangat. aku kalu hari2 sambal tumis pun x pe...

masak sambal ni utk habiskan stok sblum brcuti raya. tnggal 3 ekor dlm peti ais. cukup la utk kami bertiga (aku, hubby & baby sitter). siap boleh mkn utk brbuka & sahur lagi...

untuk masak sambal tumis, aku suka pakai gula gerek (org kedah panggil nama ni, x tau la nama lain). mcm gula kabung dan gula melaka gak... bentuk bulat & nipis, keras, warna coklat gelap.

Bahan2:
3 ekor ikan kerisi
5 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
200ml air
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Minyak masak
Gula gerek
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan A (ditumbuk bersama)
3 ulas bawan merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara membuat:
  1. Ikan kerisi dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan hingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  4. Tumis bahan A hingga naik bau.
  5. Kemudian masukan cili kisar.
  6. Bila dh mendidih, masukkan sedikit air perahan asam jawa dan air.
  7. Kemudian, masukkan gula gerek dan garam sesedap rasa.
  8. Apabila sambal telah hampir masak, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  9. Masukkan bawang besar. Kacau rata, tutup api.

Thursday, August 27, 2009

SAMBAL KERING IKAN BILIS


Resipi ni mmg sesuai dibuat pada bulan puasa ni. sbb sambal kering ikan bilis ni boleh tahan lebih kurang seminggu kalau dimasak dan disimpan dengan betul (jangan sentuh dengan tangan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya x masuk angin, nnt liat!). my hubby mmg suka kalu aku masak resipi ni. slalu kalau buat resipi ni, dia akan makan dengan roti. aku pun suka makan dengan roti time duk asrama masa skolah dulu2 (masa tu mak la yg buat)... masa bulan posa ni, boleh la buat resipi ni utk dimakan dgn nasi. tp x de kuah la, sbb dh buat bg kering... kalu nk ada kuah pun boleh, cuma takut x leh tahan smpai seminggu la (takat 2 hari je kot)... tapi aku slalu kalu buat, 2 hari je dh clear... kekadang hubby suka ratah saja... resipi ni mmg mudah!

Bahan2:
150gram ikan bilis
3 ulas bawan merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
7 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
100ml air
Minyak masak
Garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuat:
  1. Ikan bilis dibersihkan dan ditoskan. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali (boleh guna minyak yang goreng ikan bilis tadi).
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  4. Bila dah bawang2 tu kekuningan, masukan cili kisar.
  5. Bila dh mendidih, masukkan sedikit air perahan asam jawa dan air.
  6. Kemudian, masukkan garam, dan gula sesedap rasa. Masak sehingga cili menjadi warna gelap dan kering.
  7. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  8. Kacau rata, tutup api.
  9. Angkat dan simpan dalam bekas kedap udara. Biarkan sejuk dahulu sebelum tutup.