Resipi ni dari kawan saya.. Noor Fadhlina Abdul Rahim . Saya masukkan kat sini supaya senang saya nk rujuk... tak pernah try buat lagi. nnt kalau saya dh try buat sendiri, saya masukkan gmbar...
Bahan2:
1. 1 1/2 cawan tepung beras
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan gula
4. 1 paket yis (mauripan)
5. 5 bj telur
6. 1 bj kelapa, amek patinya sahaja
Cara2:
1. campurkan bhn 1 - 4, gaulkan semuanya dan perapkn adunan selama 6 hingga 7 jam/semalaman
2. selepas diperap, masukkan telur dan santan, gaul hingga sebati
3. lenggangkan adunan di atas kuali panas
4. setelah diangkat, lipat dan boleh la dihidangkn sbg sarapan pg atau minum petang
Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH-MUIH. Show all posts
Thursday, September 29, 2011
Monday, September 19, 2011
Roti Jala (Roti Kirai)
![]() |
then, balik kg raya baru ni, sehari sblum raya, buat jugak roti jala ni kt rmh my MIL... my MIL punya puji kata sedap dan cantik rupa roti jala yg saya buat... bangga jugak la kan... :)
asal resipi my mom, dia suruh masukkan tepung kastard utk bg warna kekuningan. masa 1st time buat tu, sy ikut la.. tp nmpak tak berapa menarik. sy masukkan sikit serbuk kunyit... ha... baru nmpak menarik. so, kesimpulannya, kalau x de tepung kastard, guna serbuk kunyit pun x pe... tp jgn byk sgt...
sesapa yg tgh cari resipi ni, try la buat... insyaAllah, menjadi dengan jayanya...
Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin/mentega (planta atau buttercup)
3 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil tepung kastard (atau secubit serbuk kunyit) - untuk bagi nmpak kekuningan
Secubit garam
Sedikit minyak utk elakkan kuali melekat
Cara membuat:
- Pecahkan telur dalam satu bekas, kacau biar sebati (mcm nk buat telur dadar tu... )
- Dalam bekas yang besar sikit, masukkan tepung, majerin, telur yang telah dikacau, garam dan serbuk kunyit.
- Masukkan air secawan demi secawan sambil kacau.
- Gaulkan semua bahan supaya rata dan tidak berketul.
- Blend semua bahan tersebut.
- Biarkan selama 1jam (supaya bancuhan tepung tersebut sebati).
- Tapis bancuhan tepung sebelum dimasukkan ke acuan (loyang) untuk elakkan bancuhan berketul.
- Panaskan kuali leper. Better pakai non-stick pan supaya x perlu letak minyak.
- Kirai bancuhan tepung tersebut.
- Dalam 1minit, angkat roti jala tu, letakkan pada piring/pinggan/apa2 barang yang rata untuk dilipat/gulung.
- Siap... (bancuhan ni adalah untuk anggaran 40biji)
Labels:
KUIH-MUIH
Friday, October 22, 2010
AGAR-AGAR GULA MERAH
{Gambar tak de...}
Resipi ni ambil dari my mom. Ada kawan mintak resipi ni... saya dh penah cuba buat utk jamuan kt ofis... Alhamdulillah, sedap & menjadi... utk nmpakkan menarik, agar-agar ni kena bercorak, baru jadi elok...
Bahan2:
50g agar-agar
500g gula merah
2.5 liter (10 cawan air)
1 tin susu cair
1 senduk gula putih
Cara membuat:
Resipi ni ambil dari my mom. Ada kawan mintak resipi ni... saya dh penah cuba buat utk jamuan kt ofis... Alhamdulillah, sedap & menjadi... utk nmpakkan menarik, agar-agar ni kena bercorak, baru jadi elok...
Bahan2:
50g agar-agar
500g gula merah
2.5 liter (10 cawan air)
1 tin susu cair
1 senduk gula putih
Cara membuat:
- Agar-agar direndam selama 1jam.
- Toskan agar-agar.
- Masak agar-agar yang direndam tadi dengan air sehingga agar-agar hancur.
- Masukkan gula merah.
- Masukkan gula putih. Biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
- Tapis agar2 ke dalam periuk yang lebih besar.
- Didihkan sekali lagi. Masukkan susu cair.
- Biarkan mendidih sehingga 2-3 minit. Tutup api.
- Tuang ke dalam bekas untuk bekukan. Siap...
Labels:
KUIH-MUIH
Monday, August 30, 2010
Popia Goreng bersama sos
Asalnya plan nk buat popia basah. tapi cari2 kt carrefour, x de kulit popia basah. tanya mak, dia pun x penah buat popia basah. cuma penah buat yg goreng je. pastu, try gak la buat. mak pesan suh buh gula batu untuk rapuhkan sayur2 pada inti (agar tak layu). tp lupa pulak nk beli gula batu. buh je la gula pasir... buat ni sempena majlis brbuka puasa geng2 ofis hubby. setelah siap, dpt la lebih-kurang 30ketul popia goreng.
Bahan2 untuk popia:Kulit popia segera (beli kt supermarket)
1 biji sengkuang
3 batang lobak merah (carrot)
1 genggam taugeh
Udang kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
Minyak masak
Gula batu secukup rasa (kalau x de, gula pasir pun tak pe)
Garam secukup rasa
Cara membuat popia:
- Udang dibuang kulit, kepala dan ekor. Bersihkan dan toskan.Potong kecil-kecil
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau harum.
- Masukkan udang. Biar seketika.
- Masukkan carrot, sengkuang dan taugeh.
- Masukkan gula batu (atau gula pasir) dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api (jangan lama sangat, nanti sayur layu).
- Biarkan seketika inti tu.
- Balut inti ke dalam kulit popia. (untuk elakkan kulit popia kering semasa membalut, masukkan kulit popia dalam 1 bekas dan tutup dengan kain basah)
- Panaskan minyak. Goreng popia dalam minyak yang tidak terlalu panas. Siap digoreng, toskan minyak.
Bahan2 untuk sos:
4 sudu besar sos cili thai (seperti gambar kt sebelah)
3 sudu besar sos cili (cap kimball)
½ sudu besar kacang tumbuk
Sedikit Air
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara membuat sos:
1. Panaskan kuali. Masukkan sos cili thai dan sos cili
2. Campur sedikit air
3. Masukkan kacang tumbuk
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api.
Labels:
KUIH-MUIH
Subscribe to:
Posts (Atom)









