Last week masa duk fikir2 nk masak apa, saja2 la bukak buku resipi 'KOMPILASI MASAKAN AYAM'... sbb rasanya spjng kawen ni x penah lg aku masak menu ayam. ni baru 1st time nk cuba masak resipi ayam... baca resipi tu mcm mudah ja... x byk bahan yg diperlukan. kebetulan pulak, kt rmh pun mmg dh ada madu (yg telah sekian lama x digunakan). so, cakap kt hubby, nk try buat resipi ni la... hubby pun spt biasa, memberikan sokongan padu la. hubby ni kalu bab2 makan, x berkira sgt... nak2 pulak aku yg masak... lg la dia excited! sanggup p pasar hr ahad tu (16/08/09) sbb nak cari ayam punya pasal. menu tu mmg plan nk buat hr isnin, sbb menu utk hr ahad mmg dh sedia utk dimasak - sambal sotong masala. lgpun, kalu ikut resipi tu , mcm mudah ja... so, rasanya sempat la masak lps balik keja hr isnin tu. bila tiba hr isnin tu, lps ja balik keja, aku trus p dapur utk masak menu ni... dan terhasil la 'AYAM MASAK MADU' ni pada 17/08/09.
Bahan2:
5 ketul Isi ayam (potong kecik)
2 sudu besar madu
1 biji bawang besar – dihiris halus
5 sudu makan cili kisar (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
1 biji cili merah & hijau
300-350 ml air
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Ayam dibersihkan dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak -lbih kurang 3 sudu besar (boleh guna minyak yg goreng ayam tu).
- Tumiskan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
- Apabila garing, masukkan sedikit air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Kemudian masukkan ayam (yang dh goreng tadi tu) dan masak hingga empuk
- Masukkan madu, sedikit garam dan dikacau rata.
- Tutup api, angkat dan hidang. Letak cili merah & hijau sebagai hiasan.
2 comments:
saya dah cuba...mmg sedap..hihi
yang paling best sbb mudah kan... ;)
Post a Comment