Ads 468x60px

Pages

Featured Posts

Sunday, April 30, 2017

Resipi Miangkham (Sireh Kaduk)

Miang Kham atau nama lainnya Sireh Kaduk... Baru mula belajar makan ni dalam 3-4tahun lepas. Kakak ipar yang ajar.. Bila balik kampung suami, mak mertua (MIL) buat. Bahan-bahan semua senang nak dapatkan... Serai, lengkuas, daun kaduk, cili api boleh kutip ja keliling rumah. Dh lama jugak x mkn kt rmh MIL.

Baru-baru ni jiran ada buat jugak kt rumah dia. Ajak I p makan sama... perggghhh... mmg x boleh stop la klau dh start mkn... Yg bestnya lps mkn asyik nk buang angin jaaaa... hihihihi...

Bulan 3 lps ada karnival makanan Thai kt Putrajaya. I pun beli la 1set miangkham.. sedappp.. tp seciputtt jaaa... harga RM7, dpt la dlm 10helai daun kaduk... x puas makan sbb sikit.. berebut kami anak-beranak... hahahhaa... mujur anak sorang jaaa... Mek kecik ni duk suruh beli lagi. I pun try tanya jiran tu mcm mn nk buat kuah/sos dia... Hasil googling jugak, rasa mcm senang ja... Tapi banyak versi orang buat sos ni... ada yang buh tepung gandum, ada yang pakai gula nisan/gerek... Ikut suka hati ja... janji sedap...

Suruh Encik suami beli bahan2, nk try buat sendiri... First time buat rasa sos dia dh ok.. tapi terlebih pekat smpai gula tu mengeras... Salah teknik masa cairkan gula melaka. Bila nk makan, kena tambah air panas, kacau2 bagi cair... Lps tu try lagi sekali.. dh tau teknik... rupanya kena kacau selalu sampai kuat pekat, tak boleh biar ja dia pekat sendiri.. 

Baru ni saja laa upload gambar miangkham yg sy buat kt FB... Rupanya ramai jugak yang suka mkn.. Ada yang mintak share resepi. I kata bila rajin nk buh kt blog... Hari ni baru rasa ada kerajinan nk memblog... Blog ni pun dh bersawang... lama x update. Ada ja resepi2 yg I dh saved as draft, tp x publish sbb utk bacaan sendiri jaaa... OK, jom belajar buat miangkham.. sendiri buat, sendiri makan lagi puas hati... :)





Cara masukkan bahan-bahan miangkham


Bahan2 sos/kuah:
  • 1batang serai
  • 1inci halia
  • 1inci lengkuas
  • 2ketul gula melaka/nisan/gerek (apa2 gula merah yang keras)
  • Sedikit Belacan 
  • Sedikit Udang Kering
  • Secubit Garam (kalau belacan dh cukup masin, x perlu buh garam)
  • 1 cawan air

Bahan2 lain:
  • Daung kaduk - bersih dan keringkan
  • Kacang tanah - siap goreng & buang kulit
  • Udang kering - goreng kering tanpa minyak (sangai)
  • Limau nipis  - potong kecil
  • Bawang besar - potong kecil
  • Serai - potong kecil
  • Halia - potong kecil
  • Lengkuas - potong kecil
  • Cili api - potong kecil


Cara2:
  1. Sangai kacang tanah dan udang kering (bahan2 lain).
  2. Serai, halia, lengkuas, digoreng kering tanpa minyak untuk dibuat sos. Semua bahan-bahan ini ditumbuk bersama dengan udang kering + belacan.
  3. Dalam kuali yang sama bekas selepas goreng udang kering, masukkan air dan gula melaka untuk dibuat sos (bagi mendapatkan aroma udang kering tu). 
  4. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk (serai, halia, lengkuas, udang kering, belacan).
  5. Kacau selalu supaya sos tidak terlalu pekat dan mengeras... 
  6. Masukkan sedikit garam.
  7. Bila sos dah pekat, tutup api... Masukkan dalam bekas... Biarkan sejuk dan perlu dikacau sekali-sekala agar kuah tidak mengeras.
  8. Untuk makan, ambil daun kaduk.. Buat bentuk kon, masukkan bahan-bahan dan sos.. Nganga mulut sebesar yang boleh... ngaaaapppppp.... Lps mkn bersiap sedia lah untuk buang angin... Jangan duk dlm majlis sudah... hahahahah...

Monday, January 25, 2016

Resipi Asam Rebus Sayur Keladi



Bahan2:
  • Batang + ubi keladi (pesiang, cuci bersih, toskan
  • 7 tangkai cili kering - kisar
  • Lada hitam - kisar
  • Belacan - kisar
  • 1 ulas Bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • Udang kering - kisar
  • Asam keping (asam gelugor)
  • 1 ekor ikan kembung (optional)
  • Udang
  • Daun kesum (optional)
  • Gula 
  • Garam
  • Air

Cara2:
  1. Rebus batang/ubi keladi sehingga hampir layu.
  2. Rebus ikan kembung. Setelah rebua, asingkan isi ikan dengan tulang. Blend tulang ikan, tapis masukkan dalam air rebusan ikan tadi. Isi ikan boleh diblend sekali dengan bahan2 utk blend yg lain. Ikan ni optional ja. Ada org suka buh ikan, ada org x suka. Resipi mak saya ada buh ikan. Mak mertua x buh...
  3. Blend semua bahan2 (cili kering, lada hitam, belacan, bawang besar, bawang merah, isi ikan, air).
  4. Masukkan bahan2 yang telah diblend ke dalam periuk rebusan ikan tadi. Tambah air lagi jika perlu.
  5. Masukkan udang, asam keping, daun kesum. Saya x masukkan daun kesum sbb x ada.. kalau buh daun kesum lagi la semerbak baunya...
  6. Masukkan batang/ubi keladi  yg telah direbus awal tadi.
  7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa. seketika... siapppp...

Saturday, June 27, 2015

RESIPI MEE GORENG MAMAK

Sesekali tukar menu pulak... Bulan puasa ni kalau hari2 mkn nasi pun, bosan jugak. So, boleh cuba resipi mee goreng mamak ni...



Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
Daging - dipotong kecil
Sotong - dipotong kecil
Cili kering - blend
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sayur sawi
1 biji buah tomato
Tauhu / Tokua - goreng 1/2 masak
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
2 biji telur
1 sudu besar serbuk kari daging
Perahan air asam jawa
Sedikit air kosong
Gula - secukup rasa
Garam - secubit
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yg telah diblend. Masak sehingga hampir kering.
  3. Masukkan perahan air asam jawa, sos tomato, sos cili, serbuk kari daging, kicap pekat, gula, garam dan sedikit air. 
  4. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk (kalau potong kecil, kejap je masaknya).
  5. Masukkan sotong, batang sawi dan Tauhu yg telah digoreng setengah masak.
  6. Masukkan mee, kacau.
  7. Pecahkan telur dan kacau supaya sebati.
  8. Masukkan sayur sawi dan buah tomato.
  9. Kacau sekejap, siap....

Saturday, January 10, 2015

Kek Marble



Bahan-bahan:

  • 250g Buttercup
  • 250g (1cawan) Gula Castor
  • 250g (2cawan) Tepung naik sendiri  (diayak)
  • 5 biji Telur Gred A 
  • 1sudu kecil Serbuk Koko
  • 1sudu kecil Kordial Perisa Oren (optional)
Cara-cara:
  1. Putar butter dan gula castor.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji semasa putar.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit - masih putar.
  4. Putar sehingga adunan menjadi gebu.
  5. Gaulkan sedikit adunan di atas dengan serbuk koko yg dicampur sedikit air.
  6. Tuang adunan (steps 1-4) ke dalam loyang.
  7. Masukkan adunan serbuk koko (step 5) berselang-seli dengan adunan asal.
  8. Pusing2 loyang supaya adunan menjadi rata.
  9. Bakar dalam oven 200 darjah celcius selama 45 minit.

Sunday, December 14, 2014

IKAN BILIS GORENG BERCILI API

Bahan-bahan: 
  • Ikan bilis - cuci bersih, toskan
  • Cili api (segenggam)
  • 1ulas bawang besar - utk blend
  • 1ulas bawang besar - potong utk tabur
  • 3ulas bawang putih
  • Gula secukup rasa (4-5 sudu)
  • Asam jawa adabi
  • Air
  • Minyak
  • Secubit garam*

Cara:
  1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  2. Blend 1ulas bawang besar+putih, cili api, gula dengan sedikit air.
  3. Tumiskan semua bahan yang telah diblend. Tambah air.
  4. Masukkan sedikit asam jawa adabi. Masak sehingga hampir kering.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong separuh bulat. Kacau utk ratakan.
  6. Tutup api. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.Gaul biar rata. Siap.
  7. Masukkan dlm bekas kedap udara. Boleh bertahan seminggu. (Tapi biasanya sekali hidang je dh habis encik suami meratah).
*rasakan masin ikut sesedap rasa. Jika ikan bilis dh rasa masin, tak perlu tambah garam.

Thursday, September 4, 2014

Puding Roti


Thanks to Mornizawati a.k.a Mummy Iswatie for this recipe...

Bahan Puding Roti²:
8 keping roti
500ml susu (fresh atau low fat milk)
4 sudu gula castor
2 sudu butter
1sudu tepung jagung
1tsp vanilla essence
2 biji telur ayam
Choc cips

Cara²:
  1. Koyakkan roti dan rendam dengan susu selama ½ jam.
  2. Campurkan sekali semua bahan lain dan masukkan dlm roti yang telah direndam.
  3. Susun roti & bahan ke dalam baking tray
  4. Taburkan segenggam choc cip
  5. Bakar 180° (api atas&bawah) selama 30minit.
  6. Utk makan, potong empat segi. Siap.

Monday, July 14, 2014

Cookies @ Biskut Ala Famous Amos

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan Raya yang akan menjelma lagi setengah bulan lagi, saya pun nak try gunakan oven & mixer yang baru dibeli. Sebenarnya dh beli beberapa bulan lepas, sempena nak pindah rumah baru. dah lama teringin nak beli oven... tapi disebabkan sebelum ni duk rmh kuarters, mcm tak de ruang nk letak oven dgn comelnya, terpendam la hasrat tu... Ni dh pindah masuk rmh sendiri, dh buat kabinet yang mmg khas utk letak oven, baru la boleh mem'baking' dengan sesuka hati... :)

Ok, bagi percubaan pertama nk gunakan oven, saya pun try la Google cari resipi yang mudah untuk mem'baking'... teringin nk buat biskut yg mcm Famous Amos... sbb mmg suka makan yang jenis cookies tu... Google punya google, banyak juga dapat resipi utk buat ni... Sampai la dah rasa confident, dapat la resipi ni dari blog Azie Kitchen ... Ada kawan bgtau blog tu memang boleh dipercayai sbb resipi2 dia semua betul... maklum la, kadang2 org buh resipi yang tak brp betul sbb dia nk buat bisness (bukan saya ek... saya mmg nak sangat share dgn orang apa resipi yang saya dah cuba)... klau dia bagi yg betul, semua pakat buat sendiri, tak de dah org order kt dia kan...

So, tiba la masanya utk sy test power oven baru ni... Resipi ni dibuat mengikut seperti mana yang asal... Cumanya akak tu pakai "walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)"... Saya adjust sendiri pakai hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend (kering) halus... (Sebab nya anak saya tak suka makan kacang yg keras... tu pasal blend bagi halus terus).

Ha... satu lagi yg saya adjust... timing masa bakar cookies tu. Blog akak tu mention bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit. Masa 1st batch bakar tu, saya ikut arahan dia... bakar 20minit... tp hasilnya tak berapa rangup... mungkin sebab lain oven, lain caranya... so, utk 2nd batch & seterusnya, saya bakar 25minit pada suhu yang sama (160c)... Baru la sesedap rasa.. Dalam resipi ni mana yang dalam square bracket [ ] tu, saya edit sendiri untuk rujukan sendiri di masa depan :)

Bahan A
  • 1/4 cawan gula kaster 
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)  - suhu bilik [saya pakai buttercup] 
  • 1/2 cawan minyak jagung  [saya pakai cap mazola] 
  • 1 biji telur gred B [tak tahu la gred apa telur yg saya pakai, asal ada je] 
  • 1/4 sk garam 
  • 1/2 sb susu segar @ susu tepung [saya pakai Fresh Milk Dutch Lady] 
  • 1/2 sk vanilla extract

Bahan B - diayak bersama
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sb serbuk koko 
  • 1 sb tepung jagung 
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon) [saya pakai cream of tartar, beli kt kedai jual bahan bakery] 
  • 1/2 sk soda bikarbonat

Bahan C
  • 1/2 cawan hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend halus [ni saya adjust sesuka hati] 
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua Bahan A ke dalam mangkuk/besen. Kacau dengan senduk/pemukul sehingga sebati. X perlu lama sgt cukup setakat smua larut.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan Bahan A tadi. Kacau dengan menggunakan spatula [saya pakai senduk nasi je]. Lepas tu, masukkan Bahan C. Biarkan seketika, simpan dalam peti sejuk (*).
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 25 minit [ni ikut oven saya laaa] - (Bergantung pada jenis oven). 
  5. Angkat dan sejukkan di atas jaring/loyang. 
  6. Dah sejuk, simpan dalam balang/bekas kedap udara... sementara nak tunggu Raya, tak la masuk angin (ntah sempat simpan sampai Raya ke tak... hehehehe). 
Tips(*):
Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge sejam [saya letak dalam Tupperware bertutup selama sejam lebih sebab masa buat adunan tu, dh nk buka puasa. so, tunggu lps berbuka baru sambung keja membakar]. Selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

~Gambar tak sempat nk buh lagi sebab complicated sikit nk upload gambar dari Ipad. Ada masa nanti saya upload~