Ads 468x60px

Pages

Thursday, September 29, 2011

Apom Lenggang

Resipi ni dari kawan saya.. Noor Fadhlina Abdul Rahim . Saya masukkan kat sini supaya senang saya nk rujuk... tak pernah try buat lagi. nnt kalau saya dh try buat sendiri, saya masukkan gmbar...

Bahan2:
1. 1 1/2 cawan tepung beras
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan gula
4. 1 paket yis (mauripan)
5. 5 bj telur
6. 1 bj kelapa, amek patinya sahaja

Cara2:
1. campurkan bhn 1 - 4, gaulkan semuanya dan perapkn adunan selama 6 hingga 7 jam/semalaman
2. selepas diperap, masukkan telur dan santan, gaul hingga sebati
3. lenggangkan adunan di atas kuali panas
4. setelah diangkat, lipat dan boleh la dihidangkn sbg sarapan pg atau minum petang

Monday, September 19, 2011

Roti Jala (Roti Kirai)


Resipi ni jugak dari my mom. Orang utara panggil roti kirai... tp bahasa bukunya roti jala... First time cuba buat masa bulan puasa baru ni. Asal mmg x plan nk buat pun. nak gi buka puasa kt rumah my cousin. tanya dia masak apa? dia kata dia masak kari daging. lps bgtau my hubby, dia request suruh buat roti jala utk dimakan dgn kari daging tu. serta-merta call my mom mintak resipi. rupanya senang sgt nk buat roti jala... dh lama nk cuba buat... tp x de keyakinan diri.... takut tak menjadi. ntah kenapa, masa tu nk jugak try buat... tawakkal je la... dan akhirnya menjadi jugak... suka tengok my hubby & my cousin makan dgn berseleranya...

then, balik kg raya baru ni, sehari sblum raya, buat jugak roti jala ni kt rmh my MIL... my MIL punya puji kata sedap dan cantik rupa roti jala yg saya buat... bangga jugak la kan... :)

asal resipi my mom, dia suruh masukkan tepung kastard utk bg warna kekuningan. masa 1st time buat tu, sy ikut la.. tp nmpak tak berapa menarik. sy masukkan sikit serbuk kunyit... ha... baru nmpak menarik. so, kesimpulannya, kalau x de tepung kastard, guna serbuk kunyit pun x pe... tp jgn byk sgt... 

sesapa yg tgh cari resipi ni, try la buat... insyaAllah, menjadi dengan jayanya...

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin/mentega (planta atau buttercup)
3 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil tepung kastard (atau secubit serbuk kunyit) - untuk bagi nmpak kekuningan
Secubit garam
Sedikit minyak utk elakkan kuali melekat

Cara membuat:
  1. Pecahkan telur dalam satu bekas, kacau biar sebati (mcm nk buat telur dadar tu... )
  2. Dalam bekas yang besar sikit, masukkan tepung, majerin, telur yang telah dikacau, garam dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan air secawan demi secawan sambil kacau.
  4. Gaulkan semua bahan supaya rata dan tidak berketul.
  5. Blend semua bahan tersebut.
  6. Biarkan selama 1jam (supaya bancuhan tepung tersebut sebati).
  7. Tapis bancuhan tepung sebelum dimasukkan ke acuan (loyang) untuk elakkan bancuhan berketul.
  8. Panaskan kuali leper. Better pakai non-stick pan supaya x perlu letak minyak.
  9. Kirai bancuhan tepung tersebut.
  10. Dalam 1minit, angkat roti jala tu, letakkan pada piring/pinggan/apa2 barang yang rata untuk dilipat/gulung. 
  11. Siap... (bancuhan ni adalah untuk anggaran 40biji)

    Inilah kerja tangan saya... (gambar2 ni rujuk kepada steps di atas)
    Langkah 1-4: Campurkan semua bahan dan gaulkan Langkah 5: Blend semua bahan
    -- --
    Langkah 8: Masukkan bancuhan tepung ke acuan (loyang) Langkah 9: Kirai
    -- --
    Langkah 10: Letakkan pada piring secara
    terbalik untuk digulung
    Langkah 11: Siap...