Ads 468x60px

Pages

Thursday, April 29, 2010

IKAN BAWAL MASAK SOS

Masakan yang mudah & sedap...

Bahan2:
3 ekor ikan bawal hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah tomato - dibelah 8
100ml air
Daun salad (untuk hiasan)
Gula pasir secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Garam kasar (untuk cuci ikan)

Bahan Untuk Menumis(ditumbuk bersama)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawan merah

Cara membuat:
  1. Ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan garam besar dan dibilas bagi menghilangkan bau hanyir. Toskan.
  2. Ikan bawal dilumurkan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
  3. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan
  4. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Masukkan bahan untuk menumis. Tumis hingga garing & naik bau.
  5. Masukkan cili kisar. Masak sementara. Masukkan sedikit air.
  6. Masukkan sos cili dan sos tomato.
  7. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Ratakan kuah (sos) pada ikan. Biarkan sementara.
  8. Kemudian masukan buah tomato. Siap masak, tutup api.
  9. Dalam pinggan untuk hidang, susun daun salad mengililingi pinggan. Kemudian letakkan ikan bawal bersama sos.
  10. Siap untuk dihidang...

3 comments:

AziE-rAh said...

Salam.. Macam kenal jer..
Ni anak pak ngah erk?

Azila Azmi said...

salam... maaf la, baru perasan ada komen ni... maklumlah, x rajin nk update blog... hehehe...

a'ah... akak anak pakngah azmi. zira ni ex-almashoor kan? keja mana skrg? akak kt putrajaya

alphard putih said...

..ptg ni nak cube try masak mcm cara kat atas tu...mudah2an menjadi...