Ads 468x60px

Pages

Saturday, April 10, 2010

IKAN SENANGIN MASAK SOS CILI THAI




Resipi ni aku adapt dari blog kak miza: http://mothercooks.blogspot.com/2009/08/senangin-with-thai-sauce.html . dh lama nk cuba buat resipi ni... tp x de sos cili Thai kt rmh... lgpun susah sikit nk jumpak sos tu kt kedai... sos yg aku pakai ni x sama ngan yg akak tu guna... saja aku nk try pakai sos lain... resipi ni pun aku olah ikut citarasa aku... hasilnya sangat lah sedapppppp... yg paling penting, senang sgt nk masak resipi ni...

Bahan2 untuk perap ikan:
4 ekor ikan Senangin
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 ½ inci halia - ditumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Sedikit tepung jagung

Bahan2 lain
1 ½ inci halia -ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
½ botol sos cili Thai (mcm dlm gmbar kt atas)
1 biji buah tomato (dipotong 8)
1 biji bawang besar
1 biji cili hidup merah
1 biji cili hidup hijau
Sedikit Minyak Masak
Sedikit air

Cara membuat:
  1. Ikan senangin dibersihkan.
  2. Bawang putih dan halia yang ditumbuk diperap bersama serbuk kunyit . Biarkan selama setengah jam.
  3. Gaulkan ikan yang diperap dengan tepung jagung. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga garing.
  4. Tumbuk bawang putih dan halia bersama untuk ditumis.
  5. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan halia bersama hingga garing & naik bau.
  6. Masukkan sos cili Thai. Masak hingga mendidih. Masukkan sedikit air.
  7. Kemudian masukan buah tomato, cili hidup (merah) dan bawang besar.
  8. Dalam pinggan untuk hidang, susun ikan, dan tuang kuah sos ke atas ikan. Taburkan cili hijau untuk nampak lebih menarik.
  9. Siap untuk dihidang...

2 comments:

Mieza said...

TQ dear sudi cuba resepi ni...sedap dan simple sgt nak menyediakannya kan...sedap!

Azila Azmi said...

TQ jugak utk akak sbb share resipi ni... hehehe... mmg senang & mudah sgt... :)