Ads 468x60px

Pages

Monday, August 24, 2009

SAMBAL SOTONG MASALA



Resipi ni rujuk buku "ANEKA MASAKAN INDIA". Kalu ikut kan resipi asal, kena pakai serbuk kari Masala dan garam masala. hubby p la carik kt kedai mamak/india kt area presint 9 ni... tp smua kedai x de jual serbuk kari masala ni. diorang kata bleh je pakai serbuk kari udang/ketam sbg ganti. Serbuk kari udang/ketam ada la kt rmh... So, aku dgn jayanya mengolah resipi ikut citarasa aku la... garam masala tu aku x buh pun


Bahan2:
1kg sotong basah
100ml air
1 sudu makan kari masala. (kalau x ada, kari udang/ketam pun boleh)
2 sudu makan serbuk cili (kalu nak pedas, boleh masukkan lebih)
2 biji cili merah – dihiris serong
2 biji cili hijau – dihiris serong
2 biji ubi kentang – dipotong kecil
½ sudu kecil garam masala (kalau x de, x yah buh pun x pe)
Daun kari
Minyak masak
Garam & gula pasir secukup rasa

Bahan A (dikisar/ditumbuk bersama):
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara membuat:

  1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  3. Tumis bahan A dan daun kari.
  4. Masukkan serbuk cili, serbuk kari dan air*
  5. Bila dh garing, masukkan sotong.
  6. Kemudian, masukkan garam, gula, ubi kentang, cili merah, cili hijau.
  7. Kacau rata, tutup api dan siap untuk dihidang.


*petua: gaulkan dahulu serbuk kari, serbuk cili dan air supaya mudah larut

2 comments:

Unknown said...

hmmmm leh try ni... suami pun suka makan sotong... heheh

Azila Azmi said...

sila2... senang je buat ni! :)