Ads 468x60px

Pages

Monday, September 7, 2009

BIHUN/MEE SUP TULANG



Bihun sup ni favourite my hubby. Asalnya aku penah buat sup tulang ja utk mkn dgn nasi. sekali trlintas di fikiran nk buat bihun sup ni. masa first time buat ni, ajak sedara datang rmh.. mujur menjadi. lps tu, hubby asyik suruh buat ja. kalu nk buat ni mmg nk kena hari cuti la. sbb amik masa lama sangat nk buat sup & masak sambal cili merah. nk kena rebus daging ja dh dekat 4 jam... masak cili merah pun kena lama, sbb nk bagi cili betul2 masak...
resipi ni aku sertakan dengan 2 cara buat sambal cili. satu sambal merah, satu lg hitam. yg merah tu biasanya resipi org utara, yg hitam resipi selatan. dua-dua pun aku suka. panjang benor resipi kali ni. sbb byk sgt step2 dia... aku nk compose ni pun amik masa beberapa hari... akhirnya dpt gak publish!

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun (dicelur dalam air panas dan masukkan sedikit kunyit)
1 bungkus mee - (dicelur dalam air panas)

Bahan Sup Tulang
1 ½ kg tulang lembu (dicuci bersih)
½ kg daging lembu (dicuci dipotong sebesar tapak tangan)
2 peket Sup Tulang Adabi (bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
2 sudu besar Serbuk Perencah Sup
1 sudu teh biji lada hitam (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Daun sup
Daun Bawang
Minyak masak

Bahan A (dikisar bersama):
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air

Bahan Sambal Cili Merah (resipi orang utara)
4 biji bawang merah
15 sudu besar cili kisar (kena banyak sebab nk masak smpai pekat)
400ml air
Minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Sambal Cili Hitam (resipi orang selatan)
2 ulas bawang putih
10 biji cili api (kalau nk pedas, buh lebih)
Kicap
1 biji limau nipis (ambil air perahan)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan2 lain:
Tauhu (Goreng dan potong halus)
Daun sup
Daun bawang
Telur ayam (direbus dan dipotong)
Lobak masin
Bawang goreng
Atas dari kiri: telur rebus, lobak masin
Bawah dari kiri:daun bawang + daun sup, tauhu (tokua)


Cara membuat sup tulang:
  1. Tulang dan daging direbus bersama sehingga separuh empuk
  2. Masukkan bahan A, perencah sup, set sup tulang Adabi, lada hitam dan garam
  3. Masak dalam api yang sederhana sehingga daging menjadi lembut
  4. Panaskan api dalam kuali lain dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  5. Apabila sup hampir siap, masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam periuk.
  6. Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup. Sup tulang dah siap...
Sup Tulang



Cara membuat sambal cili merah:
  1. Tumiskan bawang merah dalam api yang sederhana
  2. Apabila bawang telah kekuningan, masukkan cili kisar
  3. Apabila cili hampir kering, masukkan air
  4. Masukkan gula dan garam. Gula letak banyak supaya tidak terlalu pedas
  5. Masak dalam api yang perlahan sehingga cili kisar menjadi pekat dan berwarna gelap.
  6. Sambal cili merah dh siap...

Sambal Cili Merah



Cara membuat sambal cili hitam (sambal kicap):
  1. Kupas bawang putih dan bersihkan (tak perlu potong)
  2. Goreng bawang dalam minyak yang sedikit
  3. Tumbuk cili api dan bawang putih bersama (kalau nk senang, blend je)
  4. Masukkan gula, garam,kicap dan air perahan asam limau
  5. Gaul rata. Sambali cili hitam siap...
Sambal kicap

Untuk hidangan (1 mangkuk):
  1. Potong kecil-kecil daging yang telah direbus
  2. Masukkan bihun/mee
  3. Masukkan bahan untuk hiasan dan sambal cili merah/hitam
  4. Masukkan sup tulang dan daging
  5. Siap untuk dimakan.... yummmmyy!

0 comments: