Ads 468x60px

Pages

Saturday, June 27, 2015

RESIPI MEE GORENG MAMAK

Sesekali tukar menu pulak... Bulan puasa ni kalau hari2 mkn nasi pun, bosan jugak. So, boleh cuba resipi mee goreng mamak ni...



Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
Daging - dipotong kecil
Sotong - dipotong kecil
Cili kering - blend
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sayur sawi
1 biji buah tomato
Tauhu / Tokua - goreng 1/2 masak
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
2 biji telur
1 sudu besar serbuk kari daging
Perahan air asam jawa
Sedikit air kosong
Gula - secukup rasa
Garam - secubit
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yg telah diblend. Masak sehingga hampir kering.
  3. Masukkan perahan air asam jawa, sos tomato, sos cili, serbuk kari daging, kicap pekat, gula, garam dan sedikit air. 
  4. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk (kalau potong kecil, kejap je masaknya).
  5. Masukkan sotong, batang sawi dan Tauhu yg telah digoreng setengah masak.
  6. Masukkan mee, kacau.
  7. Pecahkan telur dan kacau supaya sebati.
  8. Masukkan sayur sawi dan buah tomato.
  9. Kacau sekejap, siap....

Saturday, January 10, 2015

Kek Marble



Bahan-bahan:

  • 250g Buttercup
  • 250g (1cawan) Gula Castor
  • 250g (2cawan) Tepung naik sendiri  (diayak)
  • 5 biji Telur Gred A 
  • 1sudu kecil Serbuk Koko
  • 1sudu kecil Kordial Perisa Oren (optional)
Cara-cara:
  1. Putar butter dan gula castor.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji semasa putar.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit - masih putar.
  4. Putar sehingga adunan menjadi gebu.
  5. Gaulkan sedikit adunan di atas dengan serbuk koko yg dicampur sedikit air.
  6. Tuang adunan (steps 1-4) ke dalam loyang.
  7. Masukkan adunan serbuk koko (step 5) berselang-seli dengan adunan asal.
  8. Pusing2 loyang supaya adunan menjadi rata.
  9. Bakar dalam oven 200 darjah celcius selama 45 minit.

Sunday, December 14, 2014

IKAN BILIS GORENG BERCILI API

Bahan-bahan: 
  • Ikan bilis - cuci bersih, toskan
  • Cili api (segenggam)
  • 1ulas bawang besar - utk blend
  • 1ulas bawang besar - potong utk tabur
  • 3ulas bawang putih
  • Gula secukup rasa (4-5 sudu)
  • Asam jawa adabi
  • Air
  • Minyak
  • Secubit garam*

Cara:
  1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  2. Blend 1ulas bawang besar+putih, cili api, gula dengan sedikit air.
  3. Tumiskan semua bahan yang telah diblend. Tambah air.
  4. Masukkan sedikit asam jawa adabi. Masak sehingga hampir kering.
  5. Masukkan bawang besar yang dipotong separuh bulat. Kacau utk ratakan.
  6. Tutup api. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.Gaul biar rata. Siap.
  7. Masukkan dlm bekas kedap udara. Boleh bertahan seminggu. (Tapi biasanya sekali hidang je dh habis encik suami meratah).
*rasakan masin ikut sesedap rasa. Jika ikan bilis dh rasa masin, tak perlu tambah garam.

Thursday, September 4, 2014

Puding Roti


Thanks to Mornizawati a.k.a Mummy Iswatie for this recipe...

Bahan Puding Roti²:
8 keping roti
500ml susu (fresh atau low fat milk)
4 sudu gula castor
2 sudu butter
1sudu tepung jagung
1tsp vanilla essence
2 biji telur ayam
Choc cips

Cara²:
  1. Koyakkan roti dan rendam dengan susu selama ½ jam.
  2. Campurkan sekali semua bahan lain dan masukkan dlm roti yang telah direndam.
  3. Susun roti & bahan ke dalam baking tray
  4. Taburkan segenggam choc cip
  5. Bakar 180° (api atas&bawah) selama 30minit.
  6. Utk makan, potong empat segi. Siap.

Monday, July 14, 2014

Cookies @ Biskut Ala Famous Amos

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan Raya yang akan menjelma lagi setengah bulan lagi, saya pun nak try gunakan oven & mixer yang baru dibeli. Sebenarnya dh beli beberapa bulan lepas, sempena nak pindah rumah baru. dah lama teringin nak beli oven... tapi disebabkan sebelum ni duk rmh kuarters, mcm tak de ruang nk letak oven dgn comelnya, terpendam la hasrat tu... Ni dh pindah masuk rmh sendiri, dh buat kabinet yang mmg khas utk letak oven, baru la boleh mem'baking' dengan sesuka hati... :)

Ok, bagi percubaan pertama nk gunakan oven, saya pun try la Google cari resipi yang mudah untuk mem'baking'... teringin nk buat biskut yg mcm Famous Amos... sbb mmg suka makan yang jenis cookies tu... Google punya google, banyak juga dapat resipi utk buat ni... Sampai la dah rasa confident, dapat la resipi ni dari blog Azie Kitchen ... Ada kawan bgtau blog tu memang boleh dipercayai sbb resipi2 dia semua betul... maklum la, kadang2 org buh resipi yang tak brp betul sbb dia nk buat bisness (bukan saya ek... saya mmg nak sangat share dgn orang apa resipi yang saya dah cuba)... klau dia bagi yg betul, semua pakat buat sendiri, tak de dah org order kt dia kan...

So, tiba la masanya utk sy test power oven baru ni... Resipi ni dibuat mengikut seperti mana yang asal... Cumanya akak tu pakai "walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)"... Saya adjust sendiri pakai hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend (kering) halus... (Sebab nya anak saya tak suka makan kacang yg keras... tu pasal blend bagi halus terus).

Ha... satu lagi yg saya adjust... timing masa bakar cookies tu. Blog akak tu mention bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit. Masa 1st batch bakar tu, saya ikut arahan dia... bakar 20minit... tp hasilnya tak berapa rangup... mungkin sebab lain oven, lain caranya... so, utk 2nd batch & seterusnya, saya bakar 25minit pada suhu yang sama (160c)... Baru la sesedap rasa.. Dalam resipi ni mana yang dalam square bracket [ ] tu, saya edit sendiri untuk rujukan sendiri di masa depan :)

Bahan A
  • 1/4 cawan gula kaster 
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)  - suhu bilik [saya pakai buttercup] 
  • 1/2 cawan minyak jagung  [saya pakai cap mazola] 
  • 1 biji telur gred B [tak tahu la gred apa telur yg saya pakai, asal ada je] 
  • 1/4 sk garam 
  • 1/2 sb susu segar @ susu tepung [saya pakai Fresh Milk Dutch Lady] 
  • 1/2 sk vanilla extract

Bahan B - diayak bersama
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sb serbuk koko 
  • 1 sb tepung jagung 
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon) [saya pakai cream of tartar, beli kt kedai jual bahan bakery] 
  • 1/2 sk soda bikarbonat

Bahan C
  • 1/2 cawan hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend halus [ni saya adjust sesuka hati] 
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua Bahan A ke dalam mangkuk/besen. Kacau dengan senduk/pemukul sehingga sebati. X perlu lama sgt cukup setakat smua larut.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan Bahan A tadi. Kacau dengan menggunakan spatula [saya pakai senduk nasi je]. Lepas tu, masukkan Bahan C. Biarkan seketika, simpan dalam peti sejuk (*).
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 25 minit [ni ikut oven saya laaa] - (Bergantung pada jenis oven). 
  5. Angkat dan sejukkan di atas jaring/loyang. 
  6. Dah sejuk, simpan dalam balang/bekas kedap udara... sementara nak tunggu Raya, tak la masuk angin (ntah sempat simpan sampai Raya ke tak... hehehehe). 
Tips(*):
Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge sejam [saya letak dalam Tupperware bertutup selama sejam lebih sebab masa buat adunan tu, dh nk buka puasa. so, tunggu lps berbuka baru sambung keja membakar]. Selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

~Gambar tak sempat nk buh lagi sebab complicated sikit nk upload gambar dari Ipad. Ada masa nanti saya upload~

Sunday, January 12, 2014

Resipi Sayur Sawi Masak Sos Tiram


Bahan2:
1 ikat sayur sawi - asingkan batang dan sayur
1genggam kobis bunga
3 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 genggam udang kecil
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah
Sos tiram
Kicap manis
Garam
200 liter air
Minyak masak

 Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga layu.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan udang. 
  4. Masukkan sos tiram. 
  5. Masukkan batang sawi dan kobis bunga. Biar seketika sehingga sayur lembut.
  6. Masukkan sayur sawi.
  7. Masukkan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.
  8. Masukkan bawang besar dan cili merah.biarkan sekejap. Jangan terlalu lama, nanti sayur layu... Siap untuk dimakan...

Monday, November 25, 2013

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak




Hari Sabtu 2 minggu lepas, kawan encik suami bagi Ikan Patin Sungai yang ditangkap sendiri kt sungai apa tah, kat area Dengkil kot (kalau tak silap). Dia bagi 2 ketul... Disebabkan saya x pernah lagi masak ikan patin (rasanya semua ikan air tawar pun saya x pernah masak sendiri lagi), maka 2 ketul ikan tu terbiar je dalam peti ais. lagipun masa ambil ikan tu, kami nak ke rumah sedara di Bndr Tun Razak. So, selamatlah saya dari nk kena masak hari tu...

Hari Ahad baru ni, jumpa sedara yang duk di Melaka... Mastura namanya. dia kawen dgn org Pahang... mesti la pandai masak tempoyak kan... so, tanya resipi kt dia... dia kata senang je.. bahan2 cuma tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, serbuk kunyit... pastu baru la tau, rupanya senang je nk masak ni...

Lepas tu, try google pulak nk cari lagi resipi 'Ikan Patin Masak Tempoyak'.. banyak versi jugak rupanya masak ni. so kesimpulan yang dapat saya buat, bahan2 wajib yang original asal dari Temerloh, Pahang ialah ikan patin, tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, kunyit hidup... ada gak versi tokok-tambah yang masukkan serai, bunga kantan, gula, bawang, dan seangkatan dengannya.

Dalam duk cari resipi nk masak ni, balik keja hr isnin tu, encik suami kata nk gi mancing... hairan gak... dh la hari keja... dh dia semangat sbb baru dapat pancing kan... biar je la... hasil tangkapan dia mlm tu, dpt pulak seekor lg ikan patin... anggaran seberat 4kg... fuh... dh la x penah masak ni... dia pulak tambah lg ikan tu... maka, makin brsemangat la sy nk try masak ni.

Mlm ni (selasa), berbekalkan resipi dari mastura & hasil bantuan cik google, maka menu mkn malam saya & encik suami adalah.... 'Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak'... ops.. lupa nk bgtau... sebenarnya kami dua laki-bini x penah mkn lg menu ni... bkn takat menu ni, ikn patin pun masing2 x pernah makan... so,  kami x tau la jadi mcm resipi original org pahang ke tak... yg pastinya, sedap ikut citarasa kami... yang bestnya, kebetulan mlm encik suami gi mancing tu, dia beli buah durian. masa nk masak ni, saya ambil 2 ulas buah durian, ambil isinya, ramas2... masukkan sekali dengan kuah.

Bahan2:
1 ekor Ikan Patin (dipotong secara ketulan)
7 cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum
2 asam keping
Garam
2 cawan air
Asam jawa/limau kasturi
2 ulas isi buah durian (ni saya tambah sendiri)

 Cara-cara membuatnya:
  1. Rendam ikan patin dengan asam jawa/limau kasturi. Biarkan selama sejam. Cuci bersih sehingga hilang bau hanyir & lendir pd ikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit.  
  3. Masukkan air, tempoyak (+ isi durian asli) dan masak bersama cili padi dan kunyit yg tlh ditumbuk. 
  4. Masak sehingga kuah mendidih  dan pekat, baru masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum dan garam.
  6. Rasakan kuahnya. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. Siap...