Ads 468x60px

Pages

Monday, September 19, 2011

Roti Jala (Roti Kirai)


Resipi ni jugak dari my mom. Orang utara panggil roti kirai... tp bahasa bukunya roti jala... First time cuba buat masa bulan puasa baru ni. Asal mmg x plan nk buat pun. nak gi buka puasa kt rumah my cousin. tanya dia masak apa? dia kata dia masak kari daging. lps bgtau my hubby, dia request suruh buat roti jala utk dimakan dgn kari daging tu. serta-merta call my mom mintak resipi. rupanya senang sgt nk buat roti jala... dh lama nk cuba buat... tp x de keyakinan diri.... takut tak menjadi. ntah kenapa, masa tu nk jugak try buat... tawakkal je la... dan akhirnya menjadi jugak... suka tengok my hubby & my cousin makan dgn berseleranya...

then, balik kg raya baru ni, sehari sblum raya, buat jugak roti jala ni kt rmh my MIL... my MIL punya puji kata sedap dan cantik rupa roti jala yg saya buat... bangga jugak la kan... :)

asal resipi my mom, dia suruh masukkan tepung kastard utk bg warna kekuningan. masa 1st time buat tu, sy ikut la.. tp nmpak tak berapa menarik. sy masukkan sikit serbuk kunyit... ha... baru nmpak menarik. so, kesimpulannya, kalau x de tepung kastard, guna serbuk kunyit pun x pe... tp jgn byk sgt... 

sesapa yg tgh cari resipi ni, try la buat... insyaAllah, menjadi dengan jayanya...

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin/mentega (planta atau buttercup)
3 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil tepung kastard (atau secubit serbuk kunyit) - untuk bagi nmpak kekuningan
Secubit garam
Sedikit minyak utk elakkan kuali melekat

Cara membuat:
  1. Pecahkan telur dalam satu bekas, kacau biar sebati (mcm nk buat telur dadar tu... )
  2. Dalam bekas yang besar sikit, masukkan tepung, majerin, telur yang telah dikacau, garam dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan air secawan demi secawan sambil kacau.
  4. Gaulkan semua bahan supaya rata dan tidak berketul.
  5. Blend semua bahan tersebut.
  6. Biarkan selama 1jam (supaya bancuhan tepung tersebut sebati).
  7. Tapis bancuhan tepung sebelum dimasukkan ke acuan (loyang) untuk elakkan bancuhan berketul.
  8. Panaskan kuali leper. Better pakai non-stick pan supaya x perlu letak minyak.
  9. Kirai bancuhan tepung tersebut.
  10. Dalam 1minit, angkat roti jala tu, letakkan pada piring/pinggan/apa2 barang yang rata untuk dilipat/gulung. 
  11. Siap... (bancuhan ni adalah untuk anggaran 40biji)

    Inilah kerja tangan saya... (gambar2 ni rujuk kepada steps di atas)
    Langkah 1-4: Campurkan semua bahan dan gaulkan Langkah 5: Blend semua bahan
    -- --
    Langkah 8: Masukkan bancuhan tepung ke acuan (loyang) Langkah 9: Kirai
    -- --
    Langkah 10: Letakkan pada piring secara
    terbalik untuk digulung
    Langkah 11: Siap...

    Friday, October 22, 2010

    AGAR-AGAR GULA MERAH

    {Gambar tak de...}
    Resipi ni ambil dari my mom. Ada kawan mintak resipi ni... saya dh penah cuba buat utk jamuan kt ofis... Alhamdulillah, sedap & menjadi... utk nmpakkan menarik, agar-agar ni kena bercorak, baru jadi elok...

    Bahan2:
    50g agar-agar
    500g gula merah
    2.5 liter (10 cawan air)
    1 tin susu cair
    1 senduk gula putih


    Cara membuat:
    1. Agar-agar direndam selama 1jam.
    2. Toskan agar-agar.
    3. Masak agar-agar yang direndam tadi dengan air sehingga agar-agar hancur.
    4. Masukkan gula merah.
    5. Masukkan gula putih. Biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
    6. Tapis agar2 ke dalam periuk yang lebih besar.
    7. Didihkan sekali lagi. Masukkan susu cair.
    8. Biarkan mendidih sehingga 2-3 minit. Tutup api.
    9. Tuang ke dalam bekas untuk bekukan. Siap...

    Monday, August 30, 2010

    Popia Goreng bersama sos


    Asalnya plan nk buat popia basah. tapi cari2 kt carrefour, x de kulit popia basah. tanya mak, dia pun x penah buat popia basah. cuma penah buat yg goreng je. pastu, try gak la buat. mak pesan suh buh gula batu untuk rapuhkan sayur2 pada inti (agar tak layu). tp lupa pulak nk beli gula batu. buh je la gula pasir... buat ni sempena majlis brbuka puasa geng2 ofis hubby. setelah siap, dpt la lebih-kurang 30ketul popia goreng.

    Bahan2 untuk popia:Kulit popia segera (beli kt supermarket)
    1 biji sengkuang
    3 batang lobak merah (carrot)
    1 genggam taugeh
    Udang kecil
    3 ulas bawang putih - diketuk
    Minyak masak
    Gula batu secukup rasa (kalau x de, gula pasir pun tak pe)
    Garam secukup rasa

    Cara membuat popia:
    1. Udang dibuang kulit, kepala dan ekor. Bersihkan dan toskan.Potong kecil-kecil
    2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau harum.
    3. Masukkan udang. Biar seketika.
    4. Masukkan carrot, sengkuang dan taugeh.
    5. Masukkan gula batu (atau gula pasir) dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api (jangan lama sangat, nanti sayur layu).
    6. Biarkan seketika inti tu.
    7. Balut inti ke dalam kulit popia. (untuk elakkan kulit popia kering semasa membalut, masukkan kulit popia dalam 1 bekas dan tutup dengan kain basah)
    8. Panaskan minyak. Goreng popia dalam minyak yang tidak terlalu panas. Siap digoreng, toskan minyak.




    Bahan2 untuk sos:
    4 sudu besar sos cili thai (seperti gambar kt sebelah)
    3 sudu besar sos cili (cap kimball)
    ½ sudu besar kacang tumbuk
    Sedikit Air
    Gula pasir secukup rasa
    Garam secukup rasa

    Cara membuat sos:

    1. Panaskan kuali. Masukkan sos cili thai dan sos cili
    2. Campur sedikit air
    3. Masukkan kacang tumbuk
    4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api.

    Thursday, April 29, 2010

    SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


    Ni la antara menu yang aku suka... tp x leh mkn selalu.. cepat jemu... lgpun bkn selalu ada musim petai... kalu bkn pd musim, mahal sgt harga petai ni... so, kalau rasa teringin nk makan, kalau pun bkn kena pd musim, sanggup beli gak walaupun mahal... kalau mkn ni, kena hati2... jgn mkn bila dekat2 nk travel gi mana2.. sbb lps mkn ni, asyik nk ulang p toilet je la... dh tu mulut berbau... yg paling x tahan, kalu nk kent*t... hehehe... msti lari jauh2 la... kalu ada yg terbau, sendiri mau ingat la apa yg dh ditelan... Kalau masak petai ni, aku suka ambil dengan kulitnya sekali kemudian rebus sekejap, supaya bau petai tidak terlalu ketara...

    Bahan2:
    ½ kilo Udang
    7 sudu besar cili kisar
    Air asam jawa
    200ml air
    2 tangkai petai
    Minyak masak
    Gula gerek
    Gula pasir secukup rasa
    Garam secukup rasa

    Bahan A (ditumbuk bersama)
    3 ulas bawan merah
    1 ulas bawang putih
    Sedikit belacan

    Cara membuat:
    1. Udang dibuang kulit, kepala dan ekor. Biarkan janggut udang untuk mendapatkan kemanisannya. Bersihkan dan toskan.
    2. Petai dikikis kulit dan dipotong. Rebus petai dalam air supaya kurang ketara baunya. Bila petai siap direbus, angkat dan toskan.
    3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
    4. Tumis bahan A hingga naik bau.
    5. Kemudian masukan cili kisar.
    6. Bila dh mendidih, masukkan sedikit air perahan asam jawa dan air.
    7. Kemudian, masukkan gula gerek, gula pasir dan garam sesedap rasa.
    8. Apabila sambal telah hampir mendidih, masukkan udang dan petai.
    9. Biarkan sementara. Kacau rata, tutup api.

    IKAN KERAPU SWEET-SOUR

    Maaf, resipi x sempat lg nk dikarang...

    IKAN BAWAL MASAK SOS

    Masakan yang mudah & sedap...

    Bahan2:
    3 ekor ikan bawal hitam
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    3 sudu besar cili kisar
    2 biji buah tomato - dibelah 8
    100ml air
    Daun salad (untuk hiasan)
    Gula pasir secukup rasa
    Sedikit serbuk kunyit
    Sedikit garam halus
    Garam kasar (untuk cuci ikan)

    Bahan Untuk Menumis(ditumbuk bersama)
    3 ulas bawang putih
    3 ulas bawan merah

    Cara membuat:
    1. Ikan bawal dibersihkan. Lumurkan dengan garam besar dan dibilas bagi menghilangkan bau hanyir. Toskan.
    2. Ikan bawal dilumurkan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
    3. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan
    4. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Masukkan bahan untuk menumis. Tumis hingga garing & naik bau.
    5. Masukkan cili kisar. Masak sementara. Masukkan sedikit air.
    6. Masukkan sos cili dan sos tomato.
    7. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Ratakan kuah (sos) pada ikan. Biarkan sementara.
    8. Kemudian masukan buah tomato. Siap masak, tutup api.
    9. Dalam pinggan untuk hidang, susun daun salad mengililingi pinggan. Kemudian letakkan ikan bawal bersama sos.
    10. Siap untuk dihidang...

    Saturday, April 10, 2010

    IKAN SENANGIN MASAK SOS CILI THAI




    Resipi ni aku adapt dari blog kak miza: http://mothercooks.blogspot.com/2009/08/senangin-with-thai-sauce.html . dh lama nk cuba buat resipi ni... tp x de sos cili Thai kt rmh... lgpun susah sikit nk jumpak sos tu kt kedai... sos yg aku pakai ni x sama ngan yg akak tu guna... saja aku nk try pakai sos lain... resipi ni pun aku olah ikut citarasa aku... hasilnya sangat lah sedapppppp... yg paling penting, senang sgt nk masak resipi ni...

    Bahan2 untuk perap ikan:
    4 ekor ikan Senangin
    4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
    1 ½ inci halia - ditumbuk halus
    Sedikit serbuk kunyit
    Sedikit garam halus
    Sedikit tepung jagung

    Bahan2 lain
    1 ½ inci halia -ditumbuk halus
    4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
    ½ botol sos cili Thai (mcm dlm gmbar kt atas)
    1 biji buah tomato (dipotong 8)
    1 biji bawang besar
    1 biji cili hidup merah
    1 biji cili hidup hijau
    Sedikit Minyak Masak
    Sedikit tepung jagung
    Sedikit air

    Cara membuat:
    1. Ikan senangin dibersihkan.
    2. Bawang putih dan halia yang ditumbuk diperap bersama serbuk kunyit . Biarkan selama setengah jam.
    3. Gaulkan ikan yang diperap dengan tepung jagung. Goreng ikan dalam minyak penuh hingga garing.
    4. Tumbuk bawang putih dan halia bersama untuk ditumis.
    5. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan halia bersama hingga garing & naik bau.
    6. Masukkan sos cili Thai. Masak hingga mendidih. Masukkan sedikit air
    7. Kemudian masukan buah tomato, cili hidup (merah) dan bawang besar.
    8. Masukkan sedikit tepung jagung yang telah digaul dengan air untuk pekatkan kuah.
    9. Dalam pinggan untuk hidang, susun ikan, dan tuang kuah sos ke atas ikan. Taburkan cili hijau untuk nampak lebih menarik.
    10. Siap untuk dihidang...