Asalnya plan nk buat popia basah. tapi cari2 kt carrefour, x de kulit popia basah. tanya mak, dia pun x penah buat popia basah. cuma penah buat yg goreng je. pastu, try gak la buat. mak pesan suh buh gula batu untuk rapuhkan sayur2 pada inti (agar tak layu). tp lupa pulak nk beli gula batu. buh je la gula pasir... buat ni sempena majlis brbuka puasa geng2 ofis hubby. setelah siap, dpt la lebih-kurang 30ketul popia goreng.
Bahan2 untuk popia:Kulit popia segera (beli kt supermarket)
1 biji sengkuang
3 batang lobak merah (carrot)
1 genggam taugeh
Udang kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
Minyak masak
Gula batu secukup rasa (kalau x de, gula pasir pun tak pe)
Garam secukup rasa
Cara membuat popia:
- Udang dibuang kulit, kepala dan ekor. Bersihkan dan toskan.Potong kecil-kecil
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau harum.
- Masukkan udang. Biar seketika.
- Masukkan carrot, sengkuang dan taugeh.
- Masukkan gula batu (atau gula pasir) dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api (jangan lama sangat, nanti sayur layu).
- Biarkan seketika inti tu.
- Balut inti ke dalam kulit popia. (untuk elakkan kulit popia kering semasa membalut, masukkan kulit popia dalam 1 bekas dan tutup dengan kain basah)
- Panaskan minyak. Goreng popia dalam minyak yang tidak terlalu panas. Siap digoreng, toskan minyak.
Bahan2 untuk sos:
4 sudu besar sos cili thai (seperti gambar kt sebelah)
3 sudu besar sos cili (cap kimball)
½ sudu besar kacang tumbuk
Sedikit Air
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara membuat sos:
1. Panaskan kuali. Masukkan sos cili thai dan sos cili
2. Campur sedikit air
3. Masukkan kacang tumbuk
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata, tutup api.