Ads 468x60px

Pages

Monday, November 25, 2013

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak




Hari Sabtu 2 minggu lepas, kawan encik suami bagi Ikan Patin Sungai yang ditangkap sendiri kt sungai apa tah, kat area Dengkil kot (kalau tak silap). Dia bagi 2 ketul... Disebabkan saya x pernah lagi masak ikan patin (rasanya semua ikan air tawar pun saya x pernah masak sendiri lagi), maka 2 ketul ikan tu terbiar je dalam peti ais. lagipun masa ambil ikan tu, kami nak ke rumah sedara di Bndr Tun Razak. So, selamatlah saya dari nk kena masak hari tu...

Hari Ahad baru ni, jumpa sedara yang duk di Melaka... Mastura namanya. dia kawen dgn org Pahang... mesti la pandai masak tempoyak kan... so, tanya resipi kt dia... dia kata senang je.. bahan2 cuma tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, serbuk kunyit... pastu baru la tau, rupanya senang je nk masak ni...

Lepas tu, try google pulak nk cari lagi resipi 'Ikan Patin Masak Tempoyak'.. banyak versi jugak rupanya masak ni. so kesimpulan yang dapat saya buat, bahan2 wajib yang original asal dari Temerloh, Pahang ialah ikan patin, tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, kunyit hidup... ada gak versi tokok-tambah yang masukkan serai, bunga kantan, gula, bawang, dan seangkatan dengannya.

Dalam duk cari resipi nk masak ni, balik keja hr isnin tu, encik suami kata nk gi mancing... hairan gak... dh la hari keja... dh dia semangat sbb baru dapat pancing kan... biar je la... hasil tangkapan dia mlm tu, dpt pulak seekor lg ikan patin... anggaran seberat 4kg... fuh... dh la x penah masak ni... dia pulak tambah lg ikan tu... maka, makin brsemangat la sy nk try masak ni.

Mlm ni (selasa), berbekalkan resipi dari mastura & hasil bantuan cik google, maka menu mkn malam saya & encik suami adalah.... 'Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak'... ops.. lupa nk bgtau... sebenarnya kami dua laki-bini x penah mkn lg menu ni... bkn takat menu ni, ikn patin pun masing2 x pernah makan... so,  kami x tau la jadi mcm resipi original org pahang ke tak... yg pastinya, sedap ikut citarasa kami... yang bestnya, kebetulan mlm encik suami gi mancing tu, dia beli buah durian. masa nk masak ni, saya ambil 2 ulas buah durian, ambil isinya, ramas2... masukkan sekali dengan kuah.

Bahan2:
1 ekor Ikan Patin (dipotong secara ketulan)
7 cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum
2 asam keping
Garam
2 cawan air
Asam jawa/limau kasturi
2 ulas isi buah durian (ni saya tambah sendiri)

 Cara-cara membuatnya:
  1. Rendam ikan patin dengan asam jawa/limau kasturi. Biarkan selama sejam. Cuci bersih sehingga hilang bau hanyir & lendir pd ikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit.  
  3. Masukkan air, tempoyak (+ isi durian asli) dan masak bersama cili padi dan kunyit yg tlh ditumbuk. 
  4. Masak sehingga kuah mendidih  dan pekat, baru masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum dan garam.
  6. Rasakan kuahnya. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. Siap...