Ads 468x60px

Pages

Monday, August 13, 2012

Resipi Laksa Utara

 
Saya & hubby memang suka makan laksa utara (laksa negeri lain tak berapa minat)... Selama ni saya ingat susah nk buat laksa. tak berani nk cuba, takut tak menjadi. dalam bulan puasa ni hubby x berapa suka mkn nasi.. so, kena fikirkan menu yang bukan makan dgn nasi... weekend je la pun sempat nk masak beria utk berbuka. kalau hari keja, limited sikit la masa... last week dh buat mee goreng mamak. sebelum tu dh buat bihun goreng... duk fikir apa lg nk masak, tetiba tngok wall sorang kawan kt FB buat laksa. pastu mintak resipi kt dia... sambil tu, try gak surf kt cik google cari resipi... dh dpt beberapa resipi, rasa mcm x susah je nk buat kuah laksa ni... tiba2 rasa mcm ada kekuatan & keberanian utk nk cabar diri sendiri buat laksa. bila bgtau hubby nk buat laksa, hubby pun setuju dan bagi penuh sokongan. Cadang nk buat laksa ni pada hari Sabtu (11 Ogos 2012) untuk menu berbuka. hubby gi pasar mlm kt presint 2, putrajaya pd hari sebelum kejadian (jumaat). beli 10 ekor ikan kembung, sebiji nenas & 3 batang bunga kantan... bahan lain beli kt pasar presint 8 pg hari sabtu tu... slalunya hubby pegi pasar sorang dia je. kalau nk pesan apa, nnt sy buat listing. tp kali ni sy kata nk gi sama sbb nk tngok bahan2 lain.kt pasar tu nmpak ikan sardin mcm segar je... slalunya susah nk dpt ikan sardin yg segar kt sini. alang dh ada ikan sardin yg elok, sy bgtau hubby nk tmbah ikan sardin jugak la... sbb ada org kata buh isi ikan sardin dlm kuah laksa lg sedap. so, beli la tambah 3ekor ikan sardin...

ada gak la call mak bgtau nk buat laksa ni. mak kata utk mee laksa, kalau ada yg basah, better beli yg tu. x payah susah2 nk rendam+rebus nnt. kalau pakai yg basah, just celur dgn air panas je. nasib baik kt pasar tu ada jual mi laksa basah... 1 gerai tu je yg jual (gerai jual sayur). balik dari pasar, bermulalah episod percubaan buat kuah laksa... Laksa yg saya buat ni, saya gabung resipi laksa Kedah dgn Penang. Laksa penang x letak belacan, laksa kedah letak belacan.. laksa penang buh nenas, laksa kedah x buh nenas... so, uk menyedapkan rasa, saya olah ikut citarasa sy... ni resipi hasil olahan saya...

Bahan utama:
1 bungkus mee laksa basah (1kg) - dicelur dlm air panas, kemudian ditapis

Bahan untuk Kuah Laksa:
2 liter air
10 ekor ikan kembung
3 ekor ikan sardin
10 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 cm lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
2 kuntum bunga kantan dibelah 4 (memanjang)
3 senduk kecil cili kering yang diblend
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
½ biji nenas - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan sampingan penyedap rasa:
1 biji bawang besar - dihiris
½ biji nenas - dipotong kecil/cincang
1 kuntum bunga kantan - dipotong kecil/cincang
1 batang timun
Daun salad - dihiris
Daun selom - dihiris
Cili api (cabai melaka) - dihiris
Limau kasturi - dibelah dua
Petis udang (orang utara panggil otak udang)


Cara-cara:
  1. Rebus ikan dalam 1 liter air bersama dengan 5 keping asam gelugur dan sedikit garam hingga masak.
  2. Asingkan ikan yang dah direbus dan biarkan air rebusan dan asam keping dalam periuk.
  3. Ambil isi ikan dan asingkan dari tulang dalam bekas yang berlainan.
  4. Kisar isi ikan, masukkan ke dalam air rebusan tadi (kalau nak kuah yang pekat, tumbuk je isi ikan tu).
  5. Kisar tulang ikan hingga hancur dan tapiskan ke dalam air rebusan. 
  6. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, nenas dan belacan. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam air rebusan.
  7. Masukkan 1 liter air lagi, cili kering yang telah dikisar, asam gelugur, bunga kantan, lengkuas, serai, daun kesum, gula dan garam
  8. Masak dalam api yang sederhana sehingga mendidih. Kalau nak pekatkan kuah, biarkan atas api yang kecil sehingga mencapai tahap kepekatan yang disukai. Kuah Laksa siap...
  9. Masukkan mee laksa bersama dengan bahan sampingan penyedap rasa. Campurkan kuah laksa... Laksa utara sedia dimakan... :)
-Ni rupa laksa saya dengan kuah yang pekat-